Cara Menambah Kenalan Baru

Cara Mencipta Satu Kenalan

Sentuh pada petak kosong di skrin utama. Kemudian, sentuh “Tambah Secara Manual”. Untuk mencipta satu kenalan, hanya isikan satu kaedah berkomunikasi (Bimbit, Mesej, Emel). Atau, sentuh “+”. Kembali ke skrin utama dan sentuh ikon kenalan tersebut untuk membuat panggilan (atau tindakan lain) dalam satu sentuhan.

Cara untuk Mencipta Pelbagai Kenalan (pelbagai tindakan) secara Manual

Satu Kenalan yang sedia ada: Sentuh dan tahan ikon Kenalan yang anda mahu mengedit sehingga ikon tersebut menggeletar. Ketik pada ikon. Kemudian, ketik “Tambah saluran komunikasi” untuk menambah lagi satu cara untuk berhubung dengan kenalan tersebut. Anda boleh menambah sehingga 5 cara untuk berhubung dengan kenalan tersebut (Sila lihat Aktif/Nyahaktif baris kenalan di bawah). Sentuh < (bahagian atas kiri) untuk kembali ke skrin utama. Apabila anda menyentuh ikon Pelbagai Kenalan, satu ikon pop-up yang memaparkan kaedah-kaedah sambungan yang telah diaktifkan akan muncul. Dwisentuh pada salah satu pelbagai kenalan untuk membuat panggilan secara lalai. Sambungan lalai adalah di baris pertama dalam senarai.

Kenalan Baru dari Senarai Kenalan Anda

Sentuh petak kosong di skrin utama. Kemudian, sentuh “Tambah dari senarai kenalan” untuk mengimport satu kenalan dari senarai kenalan anda. Aktifkan talian kenalan yang anda yang anda mahu gunakan untuk kenalan tersebut.

Aktif/Nyahaktif Baris Kenalan

Leret ke kanan untuk mengaktifkan satu baris kenalan, leret ke kanan semula untuk menyahaktifkan baris kenalan tersebut

Sebagai contoh, jika anda mahu menetapkan dua cara sambungan kepada kenalan anda: panggilan dan teks (dua ikon pop-up akan muncul di skrin utama apabila anda menyentuh pada satu ikon Kenalan), anda perlu aktifkan dua baris kenalan (panggilan dan teks)

Jika anda tidah mahu tetapkan sebarang aksi pada kenalan anda (jangan aktifkan sebarang baris kenalan), maka secara lalai hanya baris kenalan pertama dalam senarai tersebut akan diaktifkan. Oleh itu, apabila anda mengetik pada satu ikon Kenalan di skrin utama, anda akan dapat membuat panggilan pada kenalan anda dengan satu sentuhan

Tetapkan Satu Foto

Sentuh medan imej/foto untuk menetapkan satu imej atau foto pada Kenalan anda dan pilih saiz ikon dialan pantas dengan menyentuh “2x”. Sentuh butang anak panah kembali di sebelah atas kiri untuk kembali ke skrin “Edit Kenalan”

Mengedit Nama Kenalan

Sentuh pada salah satu medan Nama Kenalan untuk mengedit Nama Kenalan

Mengemas baris kenalan

Sentuh dan tahan satu baris kenalan untuk menggerakan baris tersebut ke atas atau ke bawah

Memadamkan satu baris kenalan

Leret ke kiri untuk memadamkan satu baris kenalan

Baris kenalan aktif yang pertama akan menjadi cara berhubung yang utama anda. Sebagai contoh, baris kenalan aktif yang pertama adalah Facebook. Ini bermaksud jika anda berada di skrin utama dan dwiketik ikon tersebut pada salah satu kenalan, anda akan disambungkan kepada Facebook. Sekiranya (sebagai contoh), anda menggerakkan baris emel ke tempat pertama dalam senarai, kemudian apabila anda dwiketik pada ikon tersebut pada salah satu kenalan anda, Gubah Emel akan dilancarkan

Anda juga boleh menambah pelbagai cara untuk berhubung seperti Instagram, Facebook, Whatsapp, Skype, dan sebagainya, dengan menyentuh “+ Tambah Saluran Komunikasi”. Apabila selesai, ketik pada butang anak panah kembali di bahagian atas kiri untuk kembali ke skrin utama

Cara Penggunaan

Membuat panggilan

Sentuh untuk membuat panggilan

Membuat panggilan terus

Dwisentuh pada Pelbagai kenalan untuk membuat panggilan terus

T9 Cari dan Pendial

Tambah satu kenalan

Sentuh untuk menambah satu Kenalan

Mod Mengedit

Untuk memasuki mod mengedit, sentuh dan tahan pada ikon kenalan sehingga ikon tersebut menggeletar. Sentuh pada ikon Kenalan yang anda mahu mengedit

Seting

Cara untuk menguruskan ikon-ikon

Untuk Mengubah Saiz ikon Kenalan

Sentuh dan tahan ikon yang anda mahu membuat perubahan saiz sehingga ikon tersebut menggeletar. Semasa ikon tersebut menggeletar, dwiketik ikon tersebut untuk menambah saiz (2x) pada ikon tersebut. Dwi sentuh semula untuk mengubah saiz ke (1x).

Cara untuk Mengedit Kenalan

Sentuh dan tahan satu ikon sehingga menggeletar. Ketik pada ikon Kenalan yang anda ingin mengedit

Ketik pada baris hijau di bahagian bawah untuk keluar dari Mod Mengedit.

Cara untuk Mengemas Susun Atur Ikon

Sentuh dan tahan pada satu ikon, kemudian seret ikon tersebut ke lokasi baharu.

Cara Memadam satu kenalan

Sentuh dan tahan satu ikon, kemudian seret ikon ke bahagian bawah di garis merah.

T9 Cari dan Pendial

Mengimport Kenalan dari Carian T9

Buka satu skrin Pendial T9. Cari kenalan anda dengan menggunakan carian T9. Sentuh ikon “+” di bahagian atas kiri. Kemudian pilih kenalan yang anda ingin mengimport dengan menyentuh “+” pada setiap kenalan. Ketik pada ikon pengesahan yang berwarna hijau di bahagian atas kanan dan kenalan yang dipilih akan ditambah.

Tambah satu kenalan dari baris pendial

Buka skrin pendial. Masukkan nombor telefon. Ketik pada ikon “+” di bahagian atas kiri. Kemudian, ketik ikon “+” semula yang kini berwarna hijau. Nombor tersebut akan ditambah sebagai kenalan baru. Kemudian, anda boleh tetapkan satu foto, nama, dan cara berkomunikasi untuk kenalan tersebut